Sunday, 28 August 2011

Teka Teki

Berikut adalah soalan peperiksaan akhir untuk mereka-mereka yang berguru dengan harimau jadian.

Jawab semua soalan dan beri sebab kepada jawapan anda.

1)
Bukit Jalil selalu diabadikan dalam kamera kerana Sukan Komanwel.

Namakan anak Bukit Jalil yang juga kerap divideokan.

2)Mengikut hikayat 1001 Malam, Ali Baba telah mencuri harta dari 40 orang penyamun.

Abangnya, Kassim Baba, telah dibunuh kerana gagal membuka pintu gua yang penuh dengan harta.

Siapakah nama adik Ali Baba yang bersahabat dengan 40 orang lanun?

3)Namakan menteri yang boleh dimakan jika ia diterbalikkan.

4)Menteri manakah yang terpaksa duduk goyang kaki kerana terlalu ramai orang membantunya?

Untuk melihat jawapan, sila scroll.

1) Nama anak Bukit Jalil: Bukit Ziela (Ziela Binti Jalil adalah bekas artis)

2) Nama adik Ali Baba: Ghafar Baba (Dia kawan dengan lanun Gua Bukit Aman)

3) NAJIB>>>>BIJAN (Biskut Bijan sedap dimakan di waktu petang)

4) Menteri Tugas Khas (Tugas membaiki ekonomi telah ditangani oleh

Menteri Kewangan 1 & 2 + Syarikat Kewangan Solomon.

Korang tau tak Mirzan pernah kerja dengan Sykt.

Solomon cawangan New York?

PERASAAN PAKCIK JER!!!!!!!


PERASAAN PAKCIK JER!!!!!!!


Salah sebuah sekolah menengah dari Kemaman membuat rombongan sambil belajar ke Putrajaya. Di dalam perjalanan tersebut berlakulah satu insiden apabila salah seorang dari murid-murid yang mengikuti rombongan itu terasa terlalu sakit perut hendak buang air besar. Mahu tidak mahu terpaksalah murid tadi memberi tahu pemandu bas tersebut supaya berhenti agar dapat dia melepaskan hajatnya itu..

“Pak Cik boleh tolong berhenti tak kerana saya tak tahan nak buang air besar ni... “ pinta murid itu terketar-ketar sambil menggosok-gosok perutnya. Nak buang air besar.....?
Hishhh!!! perasaan awak sahaja tu!! sahut pemandu itu selamba. Sebenarnya pemandu tu malas nak berhenti dan memang sudah menjadi tabiat dia susah untuk bersimpati pada orang lain.
“Betul Pak Cik..., saya memang betul-betul sakit perut ni” rayu murid itu.Tak ada apa-apanya, itu semua hanyalah perasaan awak sahaja, percayalah kata Pak Cik balas pemandu itu tersengeh-sengeh lantas menepuk-nepuk bahu murid itu. Tolonglah Pak Cik..... rayu murid itu terus.

Beginilah..., awak duduklah belakang kerusi Pak Cik ni sebentar dan nanti awak tidak akan terasa lagi hendak buang air tu.....Dengan muka yang berkerut-kerut terpaksalah murid itu menurut kata pemandu tadi.

Pemandu itu pun meneruskan perjalanan. Dalam lima minit kemudian pemandu tadi tiba-tiba terhidu sesuatu yang tidak menyenangkan. Makin lama semakin kuat baunya. Lantas pemandu tadi berpaling ke belakang dan bertanya murid tadi. Eh..., awak berak ke? Busuknya...???" Murid itu pula dengan selamba menjawab. Hisshhh..., Mana ada. Itu perasaan Pak Cik saja.., saya tak bau apa-apa pun....!!!""

Puasa Syawal "Top-up" Ibadah Ramadan


Menumbuhkan kekuatan jiwa manusia dalam mengawal nafsu syahwat


Setelah berpuasa selama sebulan pada Ramadan dan merayakan Aidilfitri, umat Islam sangat digalakkan berpuasa sunat Syawal selama enam hari bagi mengimbangi kesihatan yang telah menikmati pelbagai makanan ketika hari raya. Puasa enam hari pada Syawal juga dapat melatih kembali hati dan diri daripada godaan nafsu. Puasa sunat Syawal boleh dilakukan enam hari pada bulan Syawal, berturut-turut atau terpisah asalkan tidak sampai melewati bulan berkenaan. Pada hari raya pertama dilarang berpuasa. 


Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa berpuasa Ramadan (penuh) lalu diikuti dengan berpuasa enam hari pada Syawal maka dia seperti berpuasa seumur hidup.” 

(Riwayat Muslim)

Nabi SAW yang bermaksud: “Berpuasa sebulan (pada Ramadan itu disamakan) dengan sepuluh bulan berpuasa dan berpuasa enam hari selepasnya (di bulan Syawal disamakan) dengan dua bulan berpuasa, maka yang sedemikian itu (jika dicampurkan menjadi) genap setahun.” 

(Riwayat ad-Darimi)

Puasa sunat Syawal ini adalah untuk menampung kekurangan yang ada ketika puasa Ramadan kita. Misalnya, kebanyakan daripada kita hanya berpuasa secara menahan lapar dan dahaga saja. Sedangkan, perkara lain harus diberi perhatian seperti puasa telinga, lidah dan sebagainya. Maka puasa sunat Syawal adalah untuk menampung kekurangan yang terdapat dalam puasa fardu. 


Umat Islam hendaklah banyak melakukan amalan sunat seperti banyak bersembahyang sunat, membaca al-Quran, bersedekah dan berpuasa sunat untuk menguatkan iman kita. Selain itu, kita dapat mengemaskan amalan wajib, kita juga dianjurkan memperbanyak amalan sunat. Ini disebabkan amalan sunat menyempurnakan amalan wajib kita. Meninggikan pangkat dan darjat kita di syurga serta dapat meningkatkan ketakwaan kepada-Nya. Dalam melaksanakan amalan sunat ini, perlu kita ingat, jangan sampai melalaikan perkara yang wajib. 


Sebagai contoh kita hendak mengejar tahajud malam sehingga terlewat dan tertinggal sembahyang Subuh atau tidak berpuasa Ramadan tetapi menunaikan puasa sunat Syawal. Selain itu, banyak melakukan sedekah dan ibadah sunat tetapi tidak bersilaturahim sesama manusia kerana bersilaturahim itu hukumnya wajib dan perlu dilaksanakan dulu. 


Imam Al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin, menjelaskan mengenai tatacara berpuasaiaitu jika kamu berpuasa, janganlah kamu menyangka bahawa berpuasa itu cuma meninggalkan makan, minum dan bersetubuh. Bahkan juga menahan mata daripada memandang sesuatu yang dibenci oleh Allah, menahan lisan daripada mengucapkan kata-kata yang tidak bermanfaat, menahan telinga daripada mendengar sesuatu yang diharamkan oleh Allah, kerana sesungguhnya pendengaran itu menemani orang yang berbicara. Selain itu menurutnya lagi, masing-masing daripada keduanya adalah pengumpat. Begitu juga kamu mencegah seluruh anggota tubuh seperti mencegah perut dan kemaluan. 

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa tidak dapat meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta (waktu berpuasa) maka Allah tidak menghendaki puasanya, hanya lapar dan dahaga saja.”
(Riwayat Al Bukhari)


Ibadah puasa mengandung beberapa manfaat yang besar, antaranya adalah menguatkan kemahuan dan menumbuhkan kekuatan dan kedapatan jiwa manusia dalam mengawal nafsu syahwatnya. 


Puasa juga perisai kepada kekuatan rohani. Pelbagai penyakit rohani dapat dihalang dengan berpuasa. Antaranya ialah hasad dengki, sombong, riak, memfitnah, mengumpat, melakukan perbuatan zalim, berdusta, marah, mencaci-maki, mungkir janji, bercakap bohong dan menipu. 


Dengan berpuasa termasuk puasa sunat dapat merawat pelbagai penyakit rohaniseperti mengingati Allah SWT, mengerjakan solat, bertaubat, takut kepada Allah SWT, mujahadah, musahabah diri, sabar, 1qanaah, 2warak, 3zuhud, 4tawaduk, 5istiqamah, takwa dan menjauhkan makanan dan minuman haram.

Saturday, 27 August 2011

Selamat Hari Raya!!

warga 4smart 0812 ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua muslimin dan muslimat...sepuluh jari disusun memohon ampun..

welcome t0 $m@rt!e$

kepada warga 4s 08....blog dh ciap...sila sabar yaa...baru nk edit...